Monday, January 5, 2009

Selamat Kembali ke Sekolah..

Tanggal 5 Jan 09 bermulalah semula penggal persekolahan yang baru dimana semua pelajar-pelajar menaiki darjah dan juga tingkatan..cube kita renung-renungkan saat mula-mula kita jejakkan kaki kealam persekolahan...ramai yang menangis,duka kerana menganggap ianya sebagai tekanan kepada anda,walhal itu adalah permulaan perjalanan hidup kita....Tapi ada juga dikalangan kita begitu gembira sewaktu itu...maklumlah satu dunia baru dan kita akan mendapat kenalan yang ramai...

Tetapi adakah kita sedar bahawa saat-saat yang sebeginilah yang akan kita ingati dan menjadi salah satu dari sejarah hidup hingga ke akhir hayat???

Salah satu sejarah yang susah untuk kita padam ataupun kita lupai adalah zaman kita menempuhi zaman persekolahan....ia banyak memberi memori-memori yang indah ataupun sebaliknya...disini jugalah tempatnya yang akan menentukan kejayaan mahupun kegagalan kita..zaman ini memberikan banyak pengajaran kepada kita..kita dapat mengenali dengan rakan-rakan,belajar bersama-sama,bersukan,berekreasi mahupun bertukar-tukar pendapat dan pandangan...inilah yang mengajar cara untuk kita berfikir...


Marilah sama-sama kita tinggalkan segala gejala-gejala yang negatif seperti ponteng,gangster dan sebagainya bagi membentuk diri kita menjadi seorang yang berjaya pada Agama,Bangsa dan juga Negara...

Kami mendoakan agar anda terus memperoleh kejayaan.........

No comments: