Wednesday, December 31, 2008

Selamat Tahun Baru 2009



Selamat Tahun Baru diucapkan kepada semua..Semoga azam yang lalu telah terlaksana dan azam baru untuk tahun ini akan terus terlaksana....

Di doakan semua akan terus menikmati kegemilangan sepanjang tahun 2009 ...insyaallah


Salam Tahun Baru dari Rakan Muda Klang....

Tuesday, December 30, 2008

TERIMA KASIH Hj MAKHRUZI


TERIMA KASIH diucapkan kepada Tn.Hj Makhruzi b Hj Ihsan yang juga Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Selangor diatas perasmian Blog Rakan Muda Klang......
Majlis ini telah diadakan di Bilik Pusat Siber KRM Klang bersempena dengan majlis perasmian penutup program membina laman web dan blog yang telah dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Klang pada hari ini.
Bagi pihak Rakan Muda Klang kami merakamkan ucapan jutaan terima kasih diatas kesudian beliau untuk merasmikan blog ini..

TAHNIAH buat semua pelajar PMR

Seperti yang kita sedia maklum bahawa hari ini merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh para pelajar yang menduduki peperiksaan PMR 08.
Bagi yang lulus dengan cemerlang kami merakamkan ucapan TAHNIAH buat anda dan haruslah diingat perjuangan anda bukan hanya akan berakhir disini..
Bagi yang mendapat keputusan yang tidak cemerlang,ingatlah perjalanan hidup ini masih panjang lagi....teruskan usaha,pasti anda akan memperoleh kejayaan suatu hari nanti....
SYABAS buat Semua.....

Program Pengenalan Membina Laman Web Dan Blog


Program yang sedang berlangsung di Kompleks Rakan Muda daerah Klang ini telah disertai oleh seramai 20 orang remaja sekitar daerah Klang...Program yang memberi matlamat kepada remaja-ramaja ini untuk menggunakan kemudahan internet dengan betul dan tidak menyalahi undang-undang yang telah ditetapkan..Selain itu program ini diadakan untuk memberi maklumat mengenai kegunaan blog pada masa kini...diharapkan agar program ini akan dapat terus menarik minat remaja pada masa akan datang......

Monday, December 22, 2008

Program Pengenalan Membina Laman Web Dan Blog







Program ini akan berlangsung pada :
Tarikh : 30 Dis 08 ( Selasa )
Masa : 9.00 pg - 5 .00 ptg
Tempat : Kompleks Rakan Muda daerah Klang
MASUK PERCUMA....
Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan daerah Klang ini ingin memberi peluang kepada peminat-peminat blog dan web dikalangan remaja di daerah klang untuk bersama-sama menyertai program yang julung-julung kali dianjurkan ini.
Jika anda berminat untuk menyertai program bolehlah berhubung dengan kakitangan Pejabat Belia Klang di talian 03-32904171

TAHNIAH Dato Lee Chong Wei

Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei muncul juara perseorangan lelaki kejohanan badminton Siri Super Masters selepas menewaskan Peter Gade 21-7, 21-16 dalam pertarungan 32 minit.
Aksi final menarik kedua-dua pemain itu disaksikan lebih 5,000 penonton di Stadium Tertutup Likas, Sabah hari ini.

Bagi pihak Rakan Muda Klang kami merakamkan ucapan Tahniah kepada Dato dan berharap agar kejayaan ini berterusan untuk menaikkan semula nama Malaysia dipuncak dunia...
TAHNIAH!!!

Saturday, December 20, 2008

Pusat Siber Rakan Muda Klang


Pusat siber rakan muda ini diwujudkan di setiap Kompleks Rakan Muda daerah bertujuan untuk memberi peluang kepada remaja masa kini untuk mengetahui lebih lanjut penggunaan internet.
Penggunaan pusat siber ini adalah secara PERCUMA kepada semua...waktu beroperasi adalah dari jam 12.00 t/hari hingga 8.00 mlm setiap hari kecuali hari Isnin...jika anda berminat bolehlah terus datang sahaja kesini....

Yakin Boleh Datuk Lee Chong Wei!


Semoga Chong Wei kembali ke prestasi terbaik beliau!
Baca di sini


imej sumber dari http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Sukan/20081220073221/Article/index_html

Friday, December 19, 2008

Kompleks Rakan Muda Daerah Klang

Bersama-sama memeriahkan aktiviti-aktiviti anjuran Kompleks Rakan Muda Daerah Klang


imej sumber dari: http://www.kbs.gov.my/index4.php?kemudahan=krm_klang