Thursday, December 31, 2009

Tahun Baru 2010


Selamat Tahun Baru 2010.Sempena Tahun Baru ini, pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua para sukarelawan, peserta, dan kepada sesiapa sahaja kerana menjayakan program sepanjang tahun 2009.Kami mendoakan supaya anda semua dipanjangkan umur, semoga kita ditemukan pada tahun hadapan di program yang bakal dilaksanakan sepanjang tahun 2010.Selamat tinggal 2009, selamat datang 2010.

1 Malaysia
Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan

Ikhlas dari
Semua Staff dan Pengurusan,
Kompleks Rakan Muda Klang,
Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Klang.

Friday, December 25, 2009

Selamat Hari Natal


Selamat Hari Natal kepada semua rakan-rakan penganut beragama Kristian.Semoga perayaan ini memberi semangat muhhibah kepada semua dan menyemarakan lagi semangat perpaduan berbilang kaum dikalangan rakyat malaysia.


Ikhlas dari
Semua Staff dan Pengurusan,
Kompleks Rakan Muda Klang,
Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Klang.

Thursday, December 17, 2009

Salam Maal Hijrah 1431


Salam Maal Hijrah 1431 kepada semua pembaca blog ini.Kami mendoakan semoga anda semua mendapat keberkatan hidup dan keinsafan dalam menyambut tahun baru ini.Semoga semua dapat menghayati tema tahun ini Memantapkan Ukhuwah, Memperkasa Ummah.Salam Maal Hijrah


Ikhlas dari
Semua Staff dan Pengurusan,
Kompleks Rakan Muda Klang,
Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Klang.

Tuesday, December 15, 2009

Khidmat Masyarakat


Kelab Rakan Muda Kapar dengan kerjasama Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Klang akan menganjurkan Program Rakan Muda Cinta Alam dan Rakan Muda Khidmat Masyarakat.Seramai 40 orang peserta terlibat didalam ekspedisi ini dan seperti berikut :-

Tempat : Lost World Of Tambun
Tarikah : 18hb -20hb Dis 2009

*makluman penyertaan telah ditutup.segala kesulitan amatlah dikesali.gambar posting akan menyusul kemudian

Saturday, December 12, 2009

Hari Keputeraan Sultan Selangor


Mohon Merafak sembah serta menjunjung kasih dan ucapan tahniah di atas keputeraan D.Y.M.M Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj yang ke 64 tahun. Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Selangor Serta Segala Daerah Takluknya. Semoga tuanku dirahmati Allah dan dipanjangkan umur.Daulat Tuanku!Daulat Tuanku!Daulat Tuanku!

Ikhlas dari
Semua Staff dan Pengurusan,
Kompleks Rakan Muda Klang,
Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Klang.

Sunday, November 22, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha


Kepada semua umat Islam, pihak kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha.Semoga tahun ini memberi keberkatan dan kesejahteraan kepada semua.Bagi yang menunaikan haji, semoga mendapat haji yang mab'rur.

1 Malaysia
Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan

Ikhlas dari
Semua Staff dan Pengurusan,
Kompleks Rakan Muda Klang,
Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Klang.

Cuti Sekolah


Selamat Cuti sekolah.Gunakan masa anda terluang dengan aktiviti yang berfaedah dan jangan melanggar undang-undang.Kepada yang telah tamat zaman persekolahan pihak kami mengucapkan selamat berjaya dengan alam kerjaya@universiti.
Selamat Cuti Sekolah

1 Malaysia
Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

SPM


Salam sejahtera kepada semua.
Semoga calon SPM tahun 2009 mendapat kejayaan dengan cemerlang.Doa kami mengiringi kejayaan anda.
Selamat Berjaya

Saturday, November 21, 2009

Iklan


NSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA PAGOH,
(KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA)
KM 21,JALAN PANCHUR,
84500 MUAR, JOHOR.

Pengambilan Pelajar Baru - IKBN Pagoh bagi kemasukan sesi Januari 1/2010. Mohon jasa baik tuan/puan untuk maklumkan kepada belia yang berminat. Terima kasih..;))

KURSUS DITAWARKAN :

1. PEMESINAN AM (GENERAL MACHINIST)
Kursus ini merangkumi konsep asas mesin, penggunaan dan penyelenggaraan peralatan tangan dan kuasa, kerja-kerja melarik, mengisar, mencanai, membentuk serta memeriksa dan menilai hasil kerja menggunakan pelbagai peralatan.

2. PEMBUAT ALATAN & ACUAN (TOOL & DIE MAKER)
Kursus ini merangkumi ujikaji metodologi, menguji acuan, konsep rawatan haba serta memahami lukisan kejuruteraan. Pelatih turut akan diajar tentang proses alatan tekan, pengacuan plastik, cara membuat serta membaik acuan dan lain-lain.

3. KIMPALAN ARKA DAN GAS (ARC & GAS WELDING)
Pelatih akan mempelajari cara-cara pemotongan logam serta melakukan kimpalan arka dan gas. Pelatih juga akan didedahkan dengan kimpalan ke atas logam feros dan bukan feros, memahami lukisan kejuruteraan serta menguji sambungan logam.

4. MEKANIK INDUSTRI (MECHANICAL INDUSTRY)
Pelatih akan mempelajari lukisan teknik dan kejuruteraan, kerja-kerja gegasan penyambungan bahan, servis mesin dan peralatan memasang mesin dan hidraulik dan program kawalan logik (PLC).

MODUL DAN PENILAIAN KURSUS
√ Modul kursus berasaskan "National Occupational Skill Standard" (NOSS) yang digubal oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) mengikut keperluan industri negara.
√ Penilaian kursus berdasarkan sistem keterampilan. Ia dinilai secara berterusan sepanjang tempoh latihan. Keutamaan penilaian berasaskan kemampuan pelatih menamatkan latihan dalam bidang yang diceburi mengikut tahap yang ditetapkan.

TEMPOH KURSUS :
√ SKM 1 hingga 3 (27 bulan - IKBN & Latihan Loji)
√ SKM 3 (15 bulan - IKBN & Latihan Loji)
√ SKM 4 (15 bulan - IKBN & Latihan Loji)
√ DKM (39 bulan - IKBN & Latihan Loji)
PENGAMBILAN PELAJAR
Pengambilan dibuat dua kali setahun - setiap Januari dan Julai.

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN
√ Kelayakan Akademik
► Peringkat Sijil (SKM 1-3) - Lulus SPM/SPMV atau setaraf dengannya. Keutamaan lulus dalam matapelajaran Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris.
► Peringkat Sijil (SKM 3 ) - Telah lulus peperiksaan JPK SKM 2
► Peringkat Sijil (SKM 4) - Telah lulus peperiksaan JPK SKM 3
► Peringkat Diploma (DKM)- Lulus SPM/SPMV dengan kepujian dalam Matematik/Matematik Tambahan, Sains/Fizik/Kimia dan lulus Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

√ Syarat-syarat lain
► Warganegara Malaysia
► Belum berkahwin/bujang
► Sihat tubuh badan dan tidak cacat anggota
► Berumur 18 - 30 tahun
► Tiada rekod jenayah
► Belum pernah mengikuti latihan dari mana-mana institusi latihan
► Sanggup menjalani latihan sehingga tamat latihan dan mengikuti segala peraturan yang telah, sedang dan akan ditetapkan. Sekiranya berhenti akan dikehendaki membayar balik perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian ini sejak mula melaporkan diri di IKBN.


CARA-CARA UNTUK MEMOHON
Permohonan boleh dibuat melalui borang permohonan yang disediakan secara percuma di IKBN Pagoh. Sila sertakan salinan kad pengenalan pemohon, sijil berhenti sekolah dan SPM/ SPMV yang telah disahkan. Untuk keterangan lanjut sila hubungi Unit Bina Insan, IKBN Pagoh di talian 06-9737832/35/36.


KEMUDAHAN
√ Alat kelengkapan pembelajaran yang moden dan terkini
√ Perpustakaan, makmal dan bengkel yang lengkap
√ Bahan latihan yang mencukupi
√ Tenaga Pengajar yang berkelayakan dan terlatih
√ Penginapan asrama dan makan minum disediakan
√ Perubatan percuma di hospital dan klinik kerajaan
√ Kemudahan sukan dan riadah
√ Kegiatan kerohanian dan kemasyarakatan
√ Elaun bulanan - RM100.00 (SKM/DKM 1& 2) / RM200.00 (SKM/DKM 3 & 4) / RM300.00 (Latihan Loji - 3 bulan)

* Tarikh tutup permohonan : 30 November 2009 (Isnin).

"1 BELIA 1 MALAYSIA" "IKBN PROFESIONAL TERUNGGUL"

Thursday, October 29, 2009

Pertandingan Cybergames Rakan Muda


Pusat Cyber Rakan Muda Klang akan menganjurkan Pertandingan CyberWar Circuit dan Fifa 2009 (Individu) seperti berikut :-

Tempat :Kompleks Rakan Muda Klang
Tarikh : (Akan Diberitahu Kemudian)


Pendaftaran masih dibuka untuk penyertaan.Sekiranya berminat boleh terus mendaftar di Pusat Siber Rakan Muda Klang atau berhubung terus dengan En Muhamad Nor 017-2022184

Friday, October 23, 2009

Tahniah



Tanggal 20 Oktober 2009 telah tercatat satu sejarah bagi sukan Skuasy negara dengan perasmian Arena Nicol David yang disempurnakan oleh Dato Ahmad Shabery Cheek.Arena yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Skuasy Negara Bukit Jalil telah dinamakan sempena nama jagoan Skuasy negara Datuk Nicol Ann David, adalah inisiatif Kementerian untuk menghargai jasa beliau mengharumkan nama negara di arena antarabangsa.
Dengan adanya arena ini, ianya akan melahirkan lebih ramai lagi pelapis bertaraf antarabangsa.Semoga dengan perasmian ini menjadi sumber inspirasi kepada semua para atlit negara untuk berjaya di peringkat antarabangsa.Ucapan tahniah kepada Datuk Nicol diatas pencapaian tersebut.


1 Malaysia
Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

Monday, October 19, 2009

Snapshot Hari Bertemu Belia/Jamuan Raya