Saturday, November 21, 2009

Iklan


NSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA PAGOH,
(KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA)
KM 21,JALAN PANCHUR,
84500 MUAR, JOHOR.

Pengambilan Pelajar Baru - IKBN Pagoh bagi kemasukan sesi Januari 1/2010. Mohon jasa baik tuan/puan untuk maklumkan kepada belia yang berminat. Terima kasih..;))

KURSUS DITAWARKAN :

1. PEMESINAN AM (GENERAL MACHINIST)
Kursus ini merangkumi konsep asas mesin, penggunaan dan penyelenggaraan peralatan tangan dan kuasa, kerja-kerja melarik, mengisar, mencanai, membentuk serta memeriksa dan menilai hasil kerja menggunakan pelbagai peralatan.

2. PEMBUAT ALATAN & ACUAN (TOOL & DIE MAKER)
Kursus ini merangkumi ujikaji metodologi, menguji acuan, konsep rawatan haba serta memahami lukisan kejuruteraan. Pelatih turut akan diajar tentang proses alatan tekan, pengacuan plastik, cara membuat serta membaik acuan dan lain-lain.

3. KIMPALAN ARKA DAN GAS (ARC & GAS WELDING)
Pelatih akan mempelajari cara-cara pemotongan logam serta melakukan kimpalan arka dan gas. Pelatih juga akan didedahkan dengan kimpalan ke atas logam feros dan bukan feros, memahami lukisan kejuruteraan serta menguji sambungan logam.

4. MEKANIK INDUSTRI (MECHANICAL INDUSTRY)
Pelatih akan mempelajari lukisan teknik dan kejuruteraan, kerja-kerja gegasan penyambungan bahan, servis mesin dan peralatan memasang mesin dan hidraulik dan program kawalan logik (PLC).

MODUL DAN PENILAIAN KURSUS
√ Modul kursus berasaskan "National Occupational Skill Standard" (NOSS) yang digubal oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) mengikut keperluan industri negara.
√ Penilaian kursus berdasarkan sistem keterampilan. Ia dinilai secara berterusan sepanjang tempoh latihan. Keutamaan penilaian berasaskan kemampuan pelatih menamatkan latihan dalam bidang yang diceburi mengikut tahap yang ditetapkan.

TEMPOH KURSUS :
√ SKM 1 hingga 3 (27 bulan - IKBN & Latihan Loji)
√ SKM 3 (15 bulan - IKBN & Latihan Loji)
√ SKM 4 (15 bulan - IKBN & Latihan Loji)
√ DKM (39 bulan - IKBN & Latihan Loji)
PENGAMBILAN PELAJAR
Pengambilan dibuat dua kali setahun - setiap Januari dan Julai.

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN
√ Kelayakan Akademik
► Peringkat Sijil (SKM 1-3) - Lulus SPM/SPMV atau setaraf dengannya. Keutamaan lulus dalam matapelajaran Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris.
► Peringkat Sijil (SKM 3 ) - Telah lulus peperiksaan JPK SKM 2
► Peringkat Sijil (SKM 4) - Telah lulus peperiksaan JPK SKM 3
► Peringkat Diploma (DKM)- Lulus SPM/SPMV dengan kepujian dalam Matematik/Matematik Tambahan, Sains/Fizik/Kimia dan lulus Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

√ Syarat-syarat lain
► Warganegara Malaysia
► Belum berkahwin/bujang
► Sihat tubuh badan dan tidak cacat anggota
► Berumur 18 - 30 tahun
► Tiada rekod jenayah
► Belum pernah mengikuti latihan dari mana-mana institusi latihan
► Sanggup menjalani latihan sehingga tamat latihan dan mengikuti segala peraturan yang telah, sedang dan akan ditetapkan. Sekiranya berhenti akan dikehendaki membayar balik perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian ini sejak mula melaporkan diri di IKBN.


CARA-CARA UNTUK MEMOHON
Permohonan boleh dibuat melalui borang permohonan yang disediakan secara percuma di IKBN Pagoh. Sila sertakan salinan kad pengenalan pemohon, sijil berhenti sekolah dan SPM/ SPMV yang telah disahkan. Untuk keterangan lanjut sila hubungi Unit Bina Insan, IKBN Pagoh di talian 06-9737832/35/36.


KEMUDAHAN
√ Alat kelengkapan pembelajaran yang moden dan terkini
√ Perpustakaan, makmal dan bengkel yang lengkap
√ Bahan latihan yang mencukupi
√ Tenaga Pengajar yang berkelayakan dan terlatih
√ Penginapan asrama dan makan minum disediakan
√ Perubatan percuma di hospital dan klinik kerajaan
√ Kemudahan sukan dan riadah
√ Kegiatan kerohanian dan kemasyarakatan
√ Elaun bulanan - RM100.00 (SKM/DKM 1& 2) / RM200.00 (SKM/DKM 3 & 4) / RM300.00 (Latihan Loji - 3 bulan)

* Tarikh tutup permohonan : 30 November 2009 (Isnin).

"1 BELIA 1 MALAYSIA" "IKBN PROFESIONAL TERUNGGUL"

No comments: