Monday, January 5, 2009

Selamat Kembali ke Sekolah..

Tanggal 5 Jan 09 bermulalah semula penggal persekolahan yang baru dimana semua pelajar-pelajar menaiki darjah dan juga tingkatan..cube kita renung-renungkan saat mula-mula kita jejakkan kaki kealam persekolahan...ramai yang menangis,duka kerana menganggap ianya sebagai tekanan kepada anda,walhal itu adalah permulaan perjalanan hidup kita....Tapi ada juga dikalangan kita begitu gembira sewaktu itu...maklumlah satu dunia baru dan kita akan mendapat kenalan yang ramai...

Tetapi adakah kita sedar bahawa saat-saat yang sebeginilah yang akan kita ingati dan menjadi salah satu dari sejarah hidup hingga ke akhir hayat???

Salah satu sejarah yang susah untuk kita padam ataupun kita lupai adalah zaman kita menempuhi zaman persekolahan....ia banyak memberi memori-memori yang indah ataupun sebaliknya...disini jugalah tempatnya yang akan menentukan kejayaan mahupun kegagalan kita..zaman ini memberikan banyak pengajaran kepada kita..kita dapat mengenali dengan rakan-rakan,belajar bersama-sama,bersukan,berekreasi mahupun bertukar-tukar pendapat dan pandangan...inilah yang mengajar cara untuk kita berfikir...


Marilah sama-sama kita tinggalkan segala gejala-gejala yang negatif seperti ponteng,gangster dan sebagainya bagi membentuk diri kita menjadi seorang yang berjaya pada Agama,Bangsa dan juga Negara...

Kami mendoakan agar anda terus memperoleh kejayaan.........

Wednesday, December 31, 2008

Selamat Tahun Baru 2009



Selamat Tahun Baru diucapkan kepada semua..Semoga azam yang lalu telah terlaksana dan azam baru untuk tahun ini akan terus terlaksana....

Di doakan semua akan terus menikmati kegemilangan sepanjang tahun 2009 ...insyaallah


Salam Tahun Baru dari Rakan Muda Klang....

Tuesday, December 30, 2008

TERIMA KASIH Hj MAKHRUZI


TERIMA KASIH diucapkan kepada Tn.Hj Makhruzi b Hj Ihsan yang juga Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Selangor diatas perasmian Blog Rakan Muda Klang......
Majlis ini telah diadakan di Bilik Pusat Siber KRM Klang bersempena dengan majlis perasmian penutup program membina laman web dan blog yang telah dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Klang pada hari ini.
Bagi pihak Rakan Muda Klang kami merakamkan ucapan jutaan terima kasih diatas kesudian beliau untuk merasmikan blog ini..

TAHNIAH buat semua pelajar PMR

Seperti yang kita sedia maklum bahawa hari ini merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh para pelajar yang menduduki peperiksaan PMR 08.
Bagi yang lulus dengan cemerlang kami merakamkan ucapan TAHNIAH buat anda dan haruslah diingat perjuangan anda bukan hanya akan berakhir disini..
Bagi yang mendapat keputusan yang tidak cemerlang,ingatlah perjalanan hidup ini masih panjang lagi....teruskan usaha,pasti anda akan memperoleh kejayaan suatu hari nanti....
SYABAS buat Semua.....

Program Pengenalan Membina Laman Web Dan Blog


Program yang sedang berlangsung di Kompleks Rakan Muda daerah Klang ini telah disertai oleh seramai 20 orang remaja sekitar daerah Klang...Program yang memberi matlamat kepada remaja-ramaja ini untuk menggunakan kemudahan internet dengan betul dan tidak menyalahi undang-undang yang telah ditetapkan..Selain itu program ini diadakan untuk memberi maklumat mengenai kegunaan blog pada masa kini...diharapkan agar program ini akan dapat terus menarik minat remaja pada masa akan datang......