Monday, May 25, 2009

Program Kepimpinan Kendiri daerah Klang

program ini akan diadakan pada 1-3 jun ini dikompleks rakan muda klang..yang berminat untuk menyertai program ini bolelah mendapatkan borang di pejabat belia dan sukan klang waktu pejabat..tempat adalah terhad...

Friday, May 22, 2009

Sambutan Hari Belia Selangor Peringkat Negeri Selangor..

Sambutan Hari dan Minggu Belia peringkat Negeri Selangor akan diadakan pada 30 - 31 Mei ini dikompleks Rakan Muda Klang...
Majlis ini akan dirasmikan oleh Y.B Dato Shabery Cheek Menteri Belia dan Sukan Malaysia yang akan bersama-sama dengan kita pada 30 Mei 09 pada jam 2.00 petang
Pelbagai acara yang menarik turut disediakan bagi memeriahkan lagi acara kita pada kedua-dua hari tersebut diantaranya Cyberwar,Playstation,Battle of the band dan banyak lagi...
Untuk keterangan lanjut bolehlah berhubung dengan pejabat belia dan sukan klang ditalian 03-32904171..
Semua Ramaja / belia dan warga muda di klang adalah diCABAR untuk bersama-sama dengan kami sepanjang masa tersebut bagi memeriahkan lagi acara ini.

Salam dan jumpa disana........

Tuesday, May 12, 2009

Selamat Menyambut Hari Belia..

Salam untuk semua warga muda Klang...

Seperti yang kita sedia maklum bahawa 15 mei merupakan sambutan hari belia...
Sambutan kali ini akan diadakan di Negeri Melaka dan dijangkakan akan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia..

Bagi warga Rakan Muda Klang kami ingin mengucapkan selamat Hari Belia kepada Semua...

Semoga belia masa kini akan terus maju dan menjadi insan yang berguna pada masa depan

Wednesday, May 6, 2009

Program Perkhemahan Jatidiri Bangsa Daerah Klang

Salam dan Selamat Sejahtera...

Program ini akan diadakan seperti di bawah :

Tarikh : 15 - 17 May 09
Tempat : Kem Anjong Kilau,Jeram Charandong,K.Kubu Bharu

Tempat dan masa kumpul :

15 May jam 2.30 - 3.00 petang di Komp Rakan Muda Klang.

Program ini terbuka kepada semua belia Klang yang berumur 16 - 25 tahun.

Penyertaan hanya untuk 80 orang peserta yang berdaftar sahaja

Jika berminat boleh datang mengambil borang di pejabat Belia dan Sukan Klang....

MAAF......

Salam dan selamat sejahtera kepada semua warga Rakan Muda Klang...

Pertamanya saya memohon maaf diatas kesulitan yang berlaku selama ini sehingga blog ini tidak dapat diUPDATE....hehehe

Mulai kini saya mengharapkan bantuan rakan-rakan agar dapat sama-sama kita mengaktifkan semula blog ini..kerana ini dapat menambahkan lagi input-input yang berguna kepada semua..

Saya lagi sekali memohon maaf dan berharap agar kiranya dapat sama-sama kita terus mengaktifkankan semula blog ini..

Sekian..salam